Kenyataan Media
Dakwaan Kad Kebajikan Warga Asing
Tronexus Global Sdn Bhd ingin memberi maklumbalas terhadap dakwaan bahawa pihak kami mengeluarkan Kad Kebajikan Warga Asing. Perkara ini, merujuk pada laporan akhbar atas talian BH Online bertarikh 18 Januari 2018 berkenaan Kad Kebajikan Warga Asing yang didakwa dikeluarkan oleh pihak Tronexus Global Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Persatuan Warisku Nusantara (WARISKU).
Pihak kami dengan ini menafikan sekeras-kerasnya penglibatan syarikat kami dalam pengeluaran kad kebajikan ini. Pihak kami tidak pernah mengeluarkan apa-apa jenis kad kebajikan untuk masyarakat apatah lagi kepada warga asing. Sekiranya ada pihak yang mengeluarkan kad tersebut maka ia adalah penipuan dan penyalah-gunaan logo syarikat Tronexus.
Untuk makluman, Tronexus Global Sdn Bhd. tidak pernah mempunyai sebarang hubungan mahupun kerjasama dengan Persatuan Warisku Nusantara (WARISKU). Adapun Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Tronexus Global Sdn Bhd hanya mempunyai perjanjian persefahaman untuk membekalkan simkad kepada pihak PPBM sahaja. Justeru itu, dakwaan bahawa kami bekerjasama dalam mengeluarkan Kad Kebajikan adalah tidak benar sama sekali.
Tronexus Global merupakat syarikat telekomunikasi yang memberi perkhidmatan pelan telekomunikasi kepada rakyat Malaysia dan berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Maka menjadi tanggungjawab kami untuk mematuhi undang-undang dan berkerjasama dengan pihak berkuasa bagi kesejahteraan Negara Malaysia yang tercinta.
Sekian, Terima Kasih,
Tronexus Global Sdn Bhd
26 Januari 2018